Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Pada hari ini, bermula secara rasminya kerja-kerja naik taraf Rumah Merah USM. Kerja-kerja prilem bermula dengan kerja-kerja meroboh di bahagian luar bangunan.
Selepas ada berlaku sedikit masalah teknikal semalam gara-gara permohonan permit kerja didalam USM, kerja-kerja meroboh yang sepatutnya semalam terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimana pun, segala masalah dapat diatasi dan kerja-kerja meroboh dapat dijalankan pada hari ini.
Kita menjangkakan kerja-kerja meroboh ini akan mengambil masa 4 ke 5 hari. Kita berharap kerja akan berjalan dengan lancar, insyALLAH.