Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, pihak kami telah dianugerahkan satu projek di USM Pulau Pinang bagi Cadangan kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf Bilik Air Perempuan, di taingkat bawah, Bangunan C20, Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Semalam pihak kami telah selesai dihubungi oleh pihak Jabatan Bendahari bagi urusan pendaftaran syarikat didalam system USM bagi tujuan urusan pembayaran dan sebagainya. InsyALLAH, jika semuanya berjalan lancar, kerja-kerja ubahsuai akan dijalankan minggu hadapan. Pihak kami hanya diberi tempoh 5 minggu bagi menyiapkan projek tersebut. Harapan kami semoga segala kerja-kerja naiktaraf ini dipermudahkan, InsyALLAH..