TAWARAN "HOUSE RENOVATION" MASIH DIBUKA

May 01, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Syarikat SIFFS Builders Sdn. Bhd telah terpilih bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf bangunan USM Pulau Pinang. Mesyuarat penyerahaan tapak telah diadakan pada 28/04/2011 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan USM.

Pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd. telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Sharan Bin Haji Abdul Hamid selaku Manager SIFFS Builder, Encik Azhar Bin Rahim selaku Projek Coordinator SIFFS Builders dan saya sendiri selaku wakil daripada AL ANSAR Builders.

Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dibilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan USM dan berakhir lebih kurang pukul 5.00 petang. Perbincangan berkisar kepada procedure dan tatacara sewaktu berada didalam kawasan USM. Bagi pihak kami, dengan terpilihnya pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd sebagai main contractor ini, maka pihak kami juga akan dilibatkan sama didalam menyiapkan projek ini.


Bagi pihak kami, kerjasama yang sedia terjalin diantara SIFFS Builders Sdn. Bhd dan pihak kami, dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Moga kerjasama ini dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang InsyALLAH.

Pihak kami ingin merakamkan ucapan penhargaan dan tahniah kepada SIFFS Builders terutamanya Tuan Haji Mohd Shahran Bin Haji Abdul Hamid diatsa pemilihan syarikat beliau didalam projek ini. Semoga rezeki akan sentiasa bertambah dimasa-masa akan datang, InsyALLAH.
READ MORE......