Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ni pihak kami telah menerima PO secara rasmi daripada pihak Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bagi Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Air Perempuan Di Tingkat Bawah, Bangunan C20 Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kalau tiada aral melintang, kerja-kerja akan dijalankan pada minggu hadapan. Harapan pihak kami moga segala urusan dipermudahkan didalam memastikan kerja-kerja naiktaraf ini siap mengikut jadual.
" TAWARAN HOUSE RENOVATION MASIH DIBUKA.BAGI YANG BERCADANG INGIN MENGUBAHSUAI RUMAH ATAU PEJABAT ANDA, PIHAK KAMI ADA MENYEDIAKAN BEBERAPA PAKEJ HOUSE RENOVATION YANG BOLEH DIPILIH DAN HARGA YANG AMAT BERPATUTAN DITAWARKAN. HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT"
May 23, 2011
May 15, 2011
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Allhamdulillah, kerja-kerja Prelim meroboh sebahaginan binaan Bangunan A04 - Rumah Merah sudah menjangkau 80%. Kerja-kerja meroboh ini dijangkan akan siap sepenuhnya dalam masa 1 ke 2 hari lagi juka tiada aral melintang maklumlaah di Pulau Pinang boleh dikatakan hari-hari hujan lebat. Keadaan ini sedikit merencatkan perancangan kita.
Kerja-kerja meroboh akan diteruskan lagi pada hari ini dan esok bagi memastikan ianya siap mengikut perancangan dan kerja-kerja selepas kerja-kerja meroboh dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Kita mendoakan agar segalan urusan kerja dapat dipermudahkan, InsyALLAH.
READ MORE......

May 10, 2011
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Pada hari ini, bermula secara rasminya kerja-kerja naik taraf Rumah Merah USM. Kerja-kerja prilem bermula dengan kerja-kerja meroboh di bahagian luar bangunan.
Selepas ada berlaku sedikit masalah teknikal semalam gara-gara permohonan permit kerja didalam USM, kerja-kerja meroboh yang sepatutnya semalam terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimana pun, segala masalah dapat diatasi dan kerja-kerja meroboh dapat dijalankan pada hari ini.
Kita menjangkakan kerja-kerja meroboh ini akan mengambil masa 4 ke 5 hari. Kita berharap kerja akan berjalan dengan lancar, insyALLAH.

May 09, 2011
Lawatan Tapak Pembinaan Masjid Baru Di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Pagi ini berkesempatan menghadiri sesi lawatan tapak bagi pembinaan Masjid Baru Di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil pihak ICU serta Juretera Perunding. Sekitar 50 kontraktor klass C hadir didalam lawatan tapak ini. Taklimat diadakan di ruang legar RFC Laguna Merbok.

May 08, 2011
Masjid Bukit Larek, Pokok Sena, Kedah
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Semalam, saya berkesempatan berkunjung ke Masjid Bukit Larek, Pokok Sena, Kedah. Masjid yang dibina dengan kos lebih kurang RM 1.3 juta. Penyerahan rasmi Masjid ini telah disempurnakan pada bula Januari 2011 yang lalu.
Projek pembinaan masjid ini telah dibangunkan oleh syarikat SIFFS Builders Sdn. Bhd yang merupakan rakan kongsi strategik pihak kami. Kerjasama yang terjalin antara pihak kami dengan pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd, kebanyakannya merangkumi kerja-kerja sub atau total sub dalam sektor pembinaan.
Dengan kerjasama ini, pihak kami banyak mendapat pengalaman dan tunjuk ajar yang berguna daripada pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd yang begitu berpegalaman didalam sektor pembinaan ini. Kami berharap, kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa, insyALLAH.

May 03, 2011
Cadangan Mengubahsuai Bilik Makmal 353, Tingkat 3, Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Hari ini, pihak kami berkesempatan untuk melihat keseluruhan sebutharga bagi Cadangan Mengubahsuai Bilik Makmal 353, Tingkat 3, Pust Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Sebutharga ditutup pada 28 April 2011 yang lalu. Senarai penuh telah dipamirkan di papan kenyataan Jabatan Pembangunan USM pada hari ini. 11 kontraktor telah mengambil bahagian didalam sebutharaga ini dan pihak kami berada pada harga paling rendah dan mempunyai harapan yang amat cerah untuk dianugerahkan kontrak ini InsyALLAH. Mudah-mudahan dipermudahkan.

May 01, 2011
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Syarikat SIFFS Builders Sdn. Bhd telah terpilih bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf bangunan USM Pulau Pinang. Mesyuarat penyerahaan tapak telah diadakan pada 28/04/2011 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan USM.
Pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd. telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Sharan Bin Haji Abdul Hamid selaku Manager SIFFS Builder, Encik Azhar Bin Rahim selaku Projek Coordinator SIFFS Builders dan saya sendiri selaku wakil daripada AL ANSAR Builders.
Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dibilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan USM dan berakhir lebih kurang pukul 5.00 petang. Perbincangan berkisar kepada procedure dan tatacara sewaktu berada didalam kawasan USM. Bagi pihak kami, dengan terpilihnya pihak SIFFS Builders Sdn. Bhd sebagai main contractor ini, maka pihak kami juga akan dilibatkan sama didalam menyiapkan projek ini.
Bagi pihak kami, kerjasama yang sedia terjalin diantara SIFFS Builders Sdn. Bhd dan pihak kami, dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Moga kerjasama ini dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang InsyALLAH.
Pihak kami ingin merakamkan ucapan penhargaan dan tahniah kepada SIFFS Builders terutamanya Tuan Haji Mohd Shahran Bin Haji Abdul Hamid diatsa pemilihan syarikat beliau didalam projek ini. Semoga rezeki akan sentiasa bertambah dimasa-masa akan datang, InsyALLAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)