TAWARAN "HOUSE RENOVATION" MASIH DIBUKA

June 21, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Air Perempuan Di Tingkat Bawah, Bangunan C20 Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera..

Hari ni dah masuk hari ke 4 kerja-kerja meroboh bilik air dijalankan.


Kita menjangkakan dalam dua hari lagi kerja-kerja meroboh ini akan selesai sepenuhnya dan kerja-kerja membina bilik air baru akan bermula.






READ MORE......

June 10, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Air Perempuan Di Tingkat Bawah, Bangunan C20 Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah....akhirnya setelah segala proses doumentasi telah selesai. Jika tidak ada aral melintang, kerja-kerja pengubahsuaian akan dimulakan pada hari isnin ini 13/06/2011. Tempoh penyiapan adalah 5 minggu.




Harapan pihak kami semoga kerja-kerja pengubahsuaian ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan..insyALLAH..






READ MORE......

May 23, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Air Perempuan Di Tingkat Bawah, Bangunan C20 Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ni pihak kami telah menerima PO secara rasmi daripada pihak Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bagi Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Air Perempuan Di Tingkat Bawah, Bangunan C20 Pusat Pengajiaan Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.



Kalau tiada aral melintang, kerja-kerja akan dijalankan pada minggu hadapan. Harapan pihak kami moga segala urusan dipermudahkan didalam memastikan kerja-kerja naiktaraf ini siap mengikut jadual.

READ MORE......

May 15, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Allhamdulillah, kerja-kerja Prelim meroboh sebahaginan binaan Bangunan A04 - Rumah Merah sudah menjangkau 80%. Kerja-kerja meroboh ini dijangkan akan siap sepenuhnya dalam masa 1 ke 2 hari lagi juka tiada aral melintang maklumlaah di Pulau Pinang boleh dikatakan hari-hari hujan lebat. Keadaan ini sedikit merencatkan perancangan kita.


Kerja-kerja meroboh akan diteruskan lagi pada hari ini dan esok bagi memastikan ianya siap mengikut perancangan dan kerja-kerja selepas kerja-kerja meroboh dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Kita mendoakan agar segalan urusan kerja dapat dipermudahkan, InsyALLAH.

READ MORE......

May 10, 2011

Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih, Mengubahsaui Dan Menaiktaraf Bangunan A04 - Rumah Merah Serta Lain-Lain Yang Berkenaan Di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, bermula secara rasminya kerja-kerja naik taraf Rumah Merah USM. Kerja-kerja prilem bermula dengan kerja-kerja meroboh di bahagian luar bangunan.


Selepas ada berlaku sedikit masalah teknikal semalam gara-gara permohonan permit kerja didalam USM, kerja-kerja meroboh yang sepatutnya semalam terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimana pun, segala masalah dapat diatasi dan kerja-kerja meroboh dapat dijalankan pada hari ini.


Kita menjangkakan kerja-kerja meroboh ini akan mengambil masa 4 ke 5 hari. Kita berharap kerja akan berjalan dengan lancar, insyALLAH.
READ MORE......

May 09, 2011

Lawatan Tapak Pembinaan Masjid Baru Di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..


Pagi ini berkesempatan menghadiri sesi lawatan tapak bagi pembinaan Masjid Baru Di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.


Taklimat telah disampaikan oleh wakil pihak ICU serta Juretera Perunding. Sekitar 50 kontraktor klass C hadir didalam lawatan tapak ini. Taklimat diadakan di ruang legar RFC Laguna Merbok.




READ MORE......